LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang membuat persiapan bagi melaksanakan Inisiatif e-Tender Kebangsaan (NeTI), iaitu platfrom bagi memproses tender kerja secara dalam talian di Kementerian Kerja Raya (KKR). Projek NeTI yang berperanan mengautomasi keseluruhan proses perolehan tender, bermula daripada pengiklanan sehingga ke peringkat penilaian tender, yang sudah melepasi lima fasa penambahbaikan, menelan perbelanjaan sebanyak RM25 juta sejak 2003. Ketua Operasi CIDB e.Construct Services Sdn Bhd, Ghazali Rahmat berkata melalui NeTI, ia bukan saja mampu mengurangkan kos penyediaan tender kerajaan, malah turut menjimatkan kos pembelian tender. “Jumlah penjimatan untuk proses tender kerja kerajaan melalui sistem ini mampu mencecah sehingga RM200 juta menerusi 5,000 purata tender kerajaan setahun berbanding kaedah tender konvensional,” katanya ketika berucap pada majlis pengoperasian Pusat Khidmat Pelanggan Neti pertama, di Kuala Lumpur, sema...