Buruh tiada Kad Hijau disenarai hitam
KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, pekerja sektor binaan termasuk buruh asing yang gagal memiliki Kad Hijau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan disenaraihitamkan termasuk tidak dibenarkan memasuki tapak projek pembinaan.
Arahan tegas itu antara lain yang terkandung pada Akta CIDB atau Akta 520 yang kini di peringkat semakan dan bakal dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat awal tahun depan.
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir Hamzah Hassan berkata, sejak Program Kad Hijau CIDB diperkenalkan pada 1997, sehingga kini 1.2 juta tenaga kerja termasuk mereka yang berkaitan dengan industri pembinaan sudah memiliki kad itu.
“Sebelum ini, kita hanya mewajibkan syarikat pembinaan dan kontraktor memiliki Kad Hijau CIDB, tetapi kini ia turut diwajibkan kepada pekerja pembinaan .
“Bagi memiliki kad hijau itu, pekerja terbabit perlu menghadiri kursus induksi keselamatan dan kesihatan CIDB selama enam jam dan bayaran yang dikenakan ialah RM50.
“Kad Hijau CIDB berkenaan perlu diperbaharui setiap dua tahun sekali dan mereka mendapat perlindungan takaful secara percuma 24 jam manakala bagi pekerja asing, mereka yang mempunyai permit saja dibenarkan memiliki kad itu, ” katanya ketika ditemui pada Seminar Tinjauan dan Hala Tuju Sektor Pembinaan Malaysia ke-7 di sini, semalam.
Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerjaraya, Datuk Thomas George mewakili Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan turut hadir Pengerusi CIDB, Tan Sri Ir Jamilus Hussein.
Sementara itu, Shaziman berkata, pindaan Akta Bayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (CIPAA) dijangka dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun ini.
Beliau berkata, pindaan itu bukan saja bagi menyelesaikan isu pembayaran dalam industri pembinaan malah memudahkan serta memperbaiki aliran tunai semasa pelaksanaan sesuatu projek.
“Pindaan CIPAA tepat pada masanya untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) kerana ia akan meningkatkan tahap kecekapan dalam melaksanakan projek yang perlu disempurnakan dalam tempoh masa terdekat, ” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Thomas.
Sumber : bharian.com.my
Arahan tegas itu antara lain yang terkandung pada Akta CIDB atau Akta 520 yang kini di peringkat semakan dan bakal dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat awal tahun depan.
“Sebelum ini, kita hanya mewajibkan syarikat pembinaan dan kontraktor memiliki Kad Hijau CIDB, tetapi kini ia turut diwajibkan kepada pekerja pembinaan .
“Bagi memiliki kad hijau itu, pekerja terbabit perlu menghadiri kursus induksi keselamatan dan kesihatan CIDB selama enam jam dan bayaran yang dikenakan ialah RM50.
“Kad Hijau CIDB berkenaan perlu diperbaharui setiap dua tahun sekali dan mereka mendapat perlindungan takaful secara percuma 24 jam manakala bagi pekerja asing, mereka yang mempunyai permit saja dibenarkan memiliki kad itu, ” katanya ketika ditemui pada Seminar Tinjauan dan Hala Tuju Sektor Pembinaan Malaysia ke-7 di sini, semalam.
Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerjaraya, Datuk Thomas George mewakili Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan turut hadir Pengerusi CIDB, Tan Sri Ir Jamilus Hussein.
Sementara itu, Shaziman berkata, pindaan Akta Bayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (CIPAA) dijangka dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun ini.
Beliau berkata, pindaan itu bukan saja bagi menyelesaikan isu pembayaran dalam industri pembinaan malah memudahkan serta memperbaiki aliran tunai semasa pelaksanaan sesuatu projek.
“Pindaan CIPAA tepat pada masanya untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) kerana ia akan meningkatkan tahap kecekapan dalam melaksanakan projek yang perlu disempurnakan dalam tempoh masa terdekat, ” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Thomas.
Sumber : bharian.com.my
Comments
Post a Comment