Buruh tiada Kad Hijau disenarai hitam
KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, pekerja sektor binaan termasuk buruh asing yang gagal memiliki Kad Hijau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan disenaraihitamkan termasuk tidak dibenarkan memasuki tapak projek pembinaan. Arahan tegas itu antara lain yang terkandung pada Akta CIDB atau Akta 520 yang kini di peringkat semakan dan bakal dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat awal tahun depan. Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir Hamzah Hassan berkata, sejak Program Kad Hijau CIDB diperkenalkan pada 1997, sehingga kini 1.2 juta tenaga kerja termasuk mereka yang berkaitan dengan industri pembinaan sudah memiliki kad itu. “Sebelum ini, kita hanya mewajibkan syarikat pembinaan dan kontraktor memiliki Kad Hijau CIDB, tetapi kini ia turut diwajibkan kepada pekerja pembinaan . “Bagi memiliki kad hijau itu, pekerja terbabit perlu menghadiri kursus induksi keselamatan dan kesihatan CIDB selama enam jam dan bayaran yang dikenakan ialah RM50. “Kad Hijau CIDB berkenaan p