Posts

Showing posts from 2022

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2022

Kepada mereka yang nak daftar lesen perniagaan SSM, sekarang anda boleh buat online sahaja. Ikuti langkah dan cara ini dibawah. Perkongsian ini merupakan daripada pengalaman sendiri apabila baru sahaja berjaya mendaftarkan syarikat enterprise atau persendirian sendiri hanya melalui online sahaja. Jadi secara asasnya yang melibatkan perniagaan dan pendaftaran SSM di Malaysia ini adalah berpandukan daripada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dimana ada menyatakan yang sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kita berniaga, mesti nak untungkan. BACA  :  7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2020 Seperti yang saya bagi tahu, saya telah berjaya daftar perniagaan berlabel Enterprise, tapi apa maksudnya? Sebelum itu, anda perlu tahu di Malaysia terdapat 4 kategori perniagaan iaitu Milikan Tunggal, Perkongsian, Sendirian Berhad (Sdn Bhd) dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).  Jadi untuk perniagaan kecil seperti kita ni, kita h