Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor
Pendaftaran kontraktor kelas F akan dibuka semula secara terkawal dan akan dikenali sebagai kontraktor gred "G" satu bumiputera.
Menurut Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor proses baru itu di bawah sistem satu pendaftaran kontraktor -- kendalian Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, CIDB
DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR / MENTERI KERJA RAYA
Dengan adanya mcm gabungan cidb dgn pkk ini dgn hanya pendaftaran sekali kos perniagaan bagi sesebuah syarikat dlm bidang kejuruteraan akan menurun
Serentak itu -- tidak ada lagi dua kali pendaftaran di CIDB dan Pusat Khidmat Kontraktor, PKK.
Sebelum ini pendaftaran kontraktor dilakukan dua agensi di bawah CIDB dan Pusat Khidmat Kontraktor PKK.
Pendaftaran dua kali itu menyebabkan kontraktor menanggungkan kos tinggi.
Kabinet pada 2005 memutuskan semua permohonan baru lesen kontraktor kelas F dibekukan kerana bilangannya terlalu banyak.
Datuk Shaziman sebelum itu menghadiri majlis sambutan Aidilfitri kementeriannya di ibu negara.
Lihat video disini Link
Comments
Post a Comment