SYARAT PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA



SYARAT-SYARAT PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA

1. SYARAT-SYARAT AM

1.1.  Syarikat perlu memastikan Sijil Perakuan Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang
dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah diperbaharui pada tarikh permohonan dikemukakan kepada  Pusat Khidmat  Kontraktor (PKK);

1.2.  Syarikat hendaklah mengemukakan segala maklumat dalam tempoh yang ditetapkan apabila diminta oleh Pegawai-pegawai PKK; dan 1.3. Ahli Pengurusan Utama (Bumiputera) syarikat hendaklah menghadiri Kursus Awalan Sijil Taraf Bumiputera (bagi Permohonan Baru) dan menghadiri Kursus Pembaharuan Sijil Taraf Bumiputera dalam tempoh sah laku Sijil Perolehan Kerja Kerajaan.

2. SYARAT- SYARAT BAGI GRED G2 – G7

2.1. Sekurang-kurangnya 51% daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera;

2.2. Pemilikan individu Bumiputera hendaklah melebihi saham individu Bukan Bumiputera;

2.3. Sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah dipegang oleh Bumiputera;

2.4. Jawatan-jawatan penting (key post)  iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah urusan,  Pengurus,
Akauntan/Pengurus Kewangan, Personel Teknikal dan kompeten  atau setaraf hendaklah dipegang oleh Bumiputera;

2.5. Sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri daripada Bumiputera yang dicarum KWSP dan bagi pekerja yang berumur 55 tahun ke atas memadai dengan memiliki baucer gaji sahaja;

2.6. Sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja teknikal dan personel kompeten syarikat adalah Bumiputera;

2.7. Syarikat hendaklah diuruskan oleh individu yang mempunyai kaitan dengan syarikat;2.8. Pegawai pengawal kewangan syarikat hendaklah Bumiputera;

2.9. Syarat penandatangan cek mestilah dikuasai oleh Bumiputera sekurang-kurangnya sebanyak 51%;

2.10. Tidak mengsubkontrakkan kerja melebihi 70% dari nilai kerja atau menyerahkan pengurusan sesuatu kontrak kepada pihak lain; dan

2.11. Syarikat perlu mempunyai premis perniagaan beserta dengan papan tanda kekal di alamat di mana syarikat beroperasi. Syarikat Gred G7 tidak dibenarkan berkongsi premis dengan syarikat yang lain.

3. SYARAT-SYARAT BAGI GRED G1 BUMIPUTERA
3.1. Syarikat dikuasai 100% Bumiputera dari segi ekuiti, ahli pengurusan, pekerja dan kewangan;

3.2. Syarikat tidak boleh mengsubkontrakkan kerja kepada pihak lain;
3.3. Mempunyai modal berbayar/terkumpul sebanyak RM10,000 dan ke atas; dan

3.4. Pemilik, ahli pengurusan dan pekerja hendaklah secara sepenuh masa.

4. PERINGATAN
PKK berhak menolak, menahan sijil atau menarikbalik Pengiktirafan Taraf Bumiputera syarikat jika didapati melanggar mana-mana satu syaratsyarat pengiktirafan Taraf Bumiputera yang dinyatakan di  Para (1), (2) dan (3) ATAU dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak CIDB.

Sumber Link Tekan Disini
Download Borang

Comments

Popular posts from this blog

NAK JADI KONTRAKTOR YANG BERJAYA

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2022

DAFTAR LESEN KEWANGAN UNTUK BIDANG IT@KOMPUTER